- menyusukan seawal yang boleh
Untuk penyusuan kali ini, aku cuba cari penyelesaian kekurangan yang dahulu. Kalau dulu susu aku kurang sangat walaupon dalam pantang sedangkan aku tengok ibu-ibu yg lain susu mereka berbotol sekali pam. Maka kali ini aku ingin cuba sesuatu yang baru. Banyak pakar tekankan menyusu seawal yang mungkin. Jika dulu aku kurang faham tapi kali ini aku cuba praktikkan yang dikatakan seawal yang mungkin. Oleh yang demikian setelah anak aku diberikan kepada aku masa dalam labour room, aku beri Cik B aku untuk dihisap sungguhpun susu tidak ada walaupon setitik. Boleh dikatakan sehari semalam juga anak aku menghisap Cik B tanpa susu, alhamdullilah anak aku pula tidak menangis mahupun menolak Cik B yang tidak bersusu itu.
Disebabkan anak tidak menangis, maka aku tidak beritahu sesiapa kerana bimbang akan dimarahi atau dikondem oleh mereka-mereka ini yang aku tiada susu. Takut sungguh mereka akan beri idea susukan anak dengan susu lembu. Bukan aku ibu yang kejam, tapi aku yakin dan percaya, perut anak telah disettingkan atau disesuaikan dengan keadaan ibunya sejak dalam perut lagi. Kalau tiada susu maknanya anak belum bersedia untuk minum.
Setelah sehari semalam tanpa susu, alhamdullilah aku dianugerahkan dengan susu yang banyak. Kedua-dua Cik B aku sentiasa mengeluarkan susu dan sentiasa membengkak. Aku juga mengamalkan demand n supply yang mana sentiasa pastikan Cik B kosong untuk permintaan yang seterusnya. Maka aku begitu yakin bahawa, menyusukan seawal yang mungkin boleh membantu pengeluaran susu. Aku tidak berani menyatakan idea dan tips ini pasti berkesan tapi ini adalah penceritaan dan pengalaman aku. Aku amat simpati dengan sahabat-sahabat aku yang kecundang yang mana bukan mereka tidak mahu untuk menyusukan anak tapi mungkin belum rezeki mereka lagi. Kepada bakal2 ibu yang hendak menyusukan anak, satu saja peringatan saya iaitu byk dugaan dan rintangan untuk usaha murni ini oleh itu cari la ilmu dan praktikkan segala tips dan panduan melalui pengalaman ibu-2 yang lain. Peringatan untuk saya juga yang mana kesilapan untuk membiarkan puting melecet masih berlaku lagi. Sedang mencari tips yang lain untuk mengelakkan sejarah puting melecet yang tidak mahu baik..minta dijauhkan pengalaman itu.
2. Susukan anak sebelum menangis
Tips yang ini bukan untuk menambahkan pengeluaran tapi tips ini banyak membantu proses penyusuan kita. Aku amalkan tips ini kerana aku punya mak ayah yang begitu cerewet yang mana tidak boleh mendengar anak menangis, maka sibuk lah dia membebel bayi lapar dan perlu diberi susu dan paling aku takut jika mereka suruh aku bagi makan nestum atau apa2 saja yg dirasakan perlu. Hujah mereka, aku adik beradik dulo dlm pantang lagi da diberi makan dan anak2 takkan menangis.
Maka untuk elak aku dibebel dan memberi tekanan kepada proses penyusuan, aku pastikan anak sentiasa dekat dengan aku dan jika ada tanda2 anak hendak menyusu aku akan bagi secepat mungkin tanpa perlu anak menangis. Jika kita dapat mengelak anak menangis, secara tidak langsung membantu kita dari ditekan dengan kata-kata yang menyakitkan seperti " susu takde la" susu cair la tu sebab anak lapar""anak tak puas la" " ko memang takde susu la" "bagi la makan mesti anak senyap".....bayangkan la ayat2 ini dikeluarkan oleh orang yg rapat ketika kita tgh sakit lepas bersalin. Pasti proses menyusu terbantut dan kita akan stress seterusnya akan menyebabkan susu berkurangan.
Lagi satu perlu ditekankan bahawa, semasa dalam pantang atau di awal usia bayi adalah perkara biasa bayi menyusu dengan kerap dan banyak tambahan bayi lelaki. Oleh itu jangan mudah tertekan jika bayi selalu minta disusukan.
sekian tips untuk kali nie..
jika ada yang lain akan dikongsi bersama'
ingat tips ini bukan dari pakar cuma sekadar pengalaman
dari ibu yang sedang menyusukan anaknya.......