alkisahnya....
akhirnya.....
telah berjaya men"jarum"kan diri...
mana yg rapat dgn aku sure tahu niat nk pakai benda alah nie
niat nk pasang jarum ni dah ada semenjak preggy lagi
tapi tertangguh atas sebab tertentu....huhuhhu
disebabkan aku menyusukan anak sepenuhnya
adalah normal jika tidak peyed oleh demikian,
atas nasihat doktor klinik yg aku g tue
dia suh aku makan ubat hormon nie
untuk paksa "peyed" kuar
setelah makan seminggu akhirnya kuar lah ia...
lengan ku setelah di spray, di bius dan dimasukkan jarum itu...
doktor cakap esok baru leh buka balutan
doktor bagi satu kad
gunanya kad ini untuk mengingatkan tarikh luput
jarum ini mesti dikeluarkan selepas 3tahun
kena simpan kad ini untuk rujukan masa hadapan
mesti ramai yg nak tahu kos yg terlibat
sebelum aku pakai jarum - aku dok menanya kat kekawan yg dah pakai
tapi kawan rapat memang blom ada yg pakai
cuma kekawan yg tak brapa rapat jer
pelbagai citer dan pandangan
doktor pon bagi pandangan yang sama gak
katanya " kesan dari pakai implan ini berbeza mengikut orang, tapi besar kemungkinan period akan datang dalam jangka panjang dan berat badan akan bertambah namun ia tidak akan mengganggu pengeluaran susu badan.
so aku terpaksa bersedia dengan beberapa kemungkinan samada akan jadi gemuk dan mengalami kemurungan akibat peyed....huhuhuhu
tak per la asalkan tak mengganggu proses pengeluaran susu
yang penting humaira dapat yang terbaik.
maka
nantikan perkhabaran berita selanjutnya
kos yang terlibat adalah sebanyak RM450.00
kira okay la sebab dari ambik ubat yang aku tak pandai nak disiplin
iud yang aku takut nk pakai dan kegatalannya...
injection yang berkala itu menakutkan juga....
berdoalah segalanya dalam kebaikan dan dalam keebrkatan ALLAH...