semoga dikau tabah....

ahad lepas cma masuk hospital lagi
kali ni operation tambah isi tumit, pasang scew
masa cma daftar wad, aku dan sharil tak dapat hantar
sebab memasing ada komitmen... sorry dear...

subuh isnin
cma call suruh datang sebelum operation jam 7
bergegas ke hospital putrajaya...
disebabkan kes dia ada infection kena postponed jam 10pagi
aku tunggu hingga selesai jam 4.30petang..
sayu je hati bila hantar dia masuk dewan bedah...

cma,
akak doakan cma tabah hadapi semua ujian ALLAH
moga cma diberi kekuatan dalam harungi semuanya
akak sentiasa doakan seperti mana yang cma selalu minta
mohon dipermudahkan segala urusan.... amin

cma,
sejujurnya...
akak kagum dengan cma
kerana belum tentu akak kuat seperti cma
jika akak diduga sebegini....

cma,
moga ada hari indah yang dipenuhi dengan pelangi
sedang menanti cma.....

Ya Allah, ya tuhan ku, sesungguhnya KAU la maha penyayang, pengasih, pemurah dan mengasihani. Sesungguhnya aku berserah dan berharap hanya pada-Mu ya Allah berikan kekuatan, ketabahan, kesembuhan kepada adik ku yang kini dalam kesakitan ....amin


Photo



No comments: