Alhamdullilah
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Insya Allah tak lama lagi lahir la baby ke-4..
sebenarnya tak tahu napa nak buat entry nie
mungkin aku cuak sgt kot
pagi tadi baru je call PPUM
ingat nak buat booking tapi kena reject sebab kuata dah penuh
aku plan nak bersalin kat serdang
tapi ramai yang cakap kalo kes normal
serdang akan transfer ke kajang atau HKL
HUaahhhhh ... cuaknya...
ingat PPUM penyelamat
tapi rupanya menambahkan kecuakan dan kebimbangan aku
kali ini pengalaman mengandung berbeza dengan yang lain.
Antara pengalaman yang aku alami sepanjang 8 bulan lebih nie :-
- Berat tak naik banyak pada awal mengandung hingga 7 bulan terakhir, hanya 3kg sepanjang 7 bulan itu. bila masuk 8 bulan... dalam tempoh 3minggu berat naik 2.5kg... huahahah...
- 2 kali aku didapati kurang air dalam badan semasa buat rutin check up. Tak pernah alami sebelum nie
- Bacaan gula dlm darah aku border.
- oh... baby kali ni sungguh aktif dan bersemangat!!!
- masa humaira lagi aku memang hanya buka buku pink kat klinik kerajaan..second checkup dah kat panel (guna kemudahan yg disediakan la kannn kann)... malangnya ada ujian kecil dimana awal bulan ogos lalu, INTEC (tempat aku keje) declare guna insurans maka secara automatik kemudahan checkup ibu mengandung tiada dalam kemudahan... 2 minggu aku dok meluahkan perasaan kat semua org... aku nak bersalin laaa... tetiba buat aku cam nie...menyusahkan kot.. nak balik ke klinik kerajaan harus aku kena smash n perlian yg pedas.. tp alhamdullilah..ujian dapat diatasi dengan kesabaran yang ada..
- Masa kandungan bulan ke-6 lagi, aku dah dimomok dengan berita penolakan hospital serdang yang reject kes normal ke hospital lain...
Kali ini aku cuak sangat
mungkin usia da 3 series buat aku cuak
aku terbayang beranak kena transfer
aku terbayang aku ceaser la
aku terbayang kan...hingga adakah ini penghujung hayat
sungguh berbeza sekali !!
dulu aku kurang berfikiran seperti ini
tapi kali ini berbeza sekali
seseungguhnya aku hanya hamba-Nya
aku berserah kepada-MU ya Allah..
Hanya Allah perancang sebaik baik Perancang,,
doa kan aku ...
ampunkan dosa-dosa ku wahai keluarga, tema, sahabat dan semua...
p/s : gambar scan minggu ke -16
No comments:
Post a Comment