terima kasih ayang ..

tetiba hari ni ada mood nak buat entri
dan aku dok teringat kat laki aku je
almaklum laki aku baru je genap 32tahun ahad lepas

bila da bersama laki aku selama 9 tahun nie
selama tempoh ini, dapat aku simpulkan
aku bertuah memiliki DIA
sebagai suami....

Rasanya ...
aku bertuah walaupun masih ada kekurangan
mana ada yang sempurna  kan...!!!
bersyukur sangat sebab
dalam kedegilan tetap ada kelembutan
dalam pergaduhan tetap ada tolak ansur
dalam kemalasan tetap banyak membantu
dalam kekurangan wang tapi banyak kasih sayang
dalam kecetekan tetap ada ketinggian persefahaman
ehhh banyak la juga kelebihan yang seimbang dengan kekurangan

aku tak mau la cakap laki aku ni baik sangat kann
tapi setiap kelebihan yang orang selalu napak tetap ada kekurangan
aku dari dulu amalkan prinsip jgn napak yg buruk cari jua kebaikan
so hasil prinsip ini rumahtangga kami aman dan damai
dalam kekadang dilanda hujan ribut ...

hahhahaa.. macam bermadah je ayat aku kan

sebenarnya entri ni khas untuk lahirkan rasa berterima kasih aku pada laki aku... boleh gitu???
ramai yang cakap aku beruntung ( org yg cakap lah..bukan aku)
nak tau nape org cakap aku beruntung???

laki aku suka memasak
boleh dikatakan laki aku akan memasak setiap hari ..hahahha
aku dah lupa kenapa dan bila laki aku start ambik tugas memasak
sebab dah lama kot laki aku memasak nie..
napak best kan...
tapi sebagai balasan atau tinbang tara
aku akan pastikan sinki clear, barang dapur ada
baju settle, sampah clear.. maknanya dia fokus memasak.. lelain aku cover


laki aku banyak back up aku gak
kalo aku kene standby utk keje atau kursus
kalo aku ada hal atau kekadang nk berjimba pun
laki aku jaga anak ( ikut turn la..kekadang dia je berjimba)

apa lagi yerk...
punch kad da bunyi.. (kena balik amik anak)

pendekkan cerita aku nak ucapkan jutaan kesyukuran pada ALLAH
atas limpah rahmat-Nya aku dijodohkan dengan Azman bin Mohamad Daud
aku berterima kasih sangat pada empunya diri yang bersama-sama harungi
bahtera dan kapal yang kekdg dilanda ribut...dan kami tidak tewas lagi dengan
pancaroba yang mendatang - diharap terus berjaya hingga hujung nyawa..

Ayang
Orang tak tahu nak jawab
bila ayang tanya kalo ayg mati org kawen lain ke tak?
sebab orang memang tak berani nak cakap besar

tapi ikut hati dan akal yang waras ini
orang rasa orang akan kekal bersama title isteri ayang selamanya
orang akan kenang dan hidup dalam kenangan yang telah kita lalui
orang akan sentiasa mendoakan ayang disana
orang akan ajar anak-anak menjadi anak yg soleha kerana mereka lah yang mendoakan ayang..
itu adalah hasrat dan jawapan ikhlas dari orang....

akhir kata..
ibu sayang ayah...
(walaupun jawapan ibu selalu TAK bila ditanya... i maluuu laa)
hahahaha

sekian coretan dari isterimu..
selamat ulangtahun sayang
moga kamu diberi hidayah, keberkatan, rahmat dan ketabahan sepanjang hidup ini....










No comments: