lagu favorite zulaika.....

Tajuk Lagu/Lirik: Tinggal Kenangan
Artis/Penyanyi: Saleem


Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu.. oh
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih…
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih
Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
(Ulang) (2x)
Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu.. oh
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih…..
Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan


 zulaika paling suka lagu nie
selalu minta aku pasang lagu ni
pantang aku buka laptop sure 
dia nak denagr sore salim ...

bila dah layan aku nie
aku ada feel jiwang daaaa...

hari yang busy

start semalam hingga hari ini aku memang kelam kabut...
mana taknya semenjak aku dipindahkan ke cendana, hidup aku makin huru hara jadinya. Memang Cendana tenang tetapi aku bukan pindah sepenuhnya ke cendana. Bos aku suh aku bertugas di cendana waktu pagi dan after lunch masuk cemara balik....


ayorrr...
penat jiwa aku ini kerana macam byk benda yang aku kena handle. Lepas tu staf suka cari aku kalau ada problem sebab aku selalu amik action immediately.. almaklum aku kan pelupa oleh itu mana yang boleh settle cepat aku kasi cepat cthnya bab call meng"call"kontraktor mmg derang suka cari aku. Kalau aku tak layan sure derang pun angin...

apala yang aku melalut nie. inilah jaduinya kalo aku dok memikir byk hal.. ewah macam sgt hal yg nak difikirkan 
hehehhe walaupun aku busy.. hari ni dalam sejarah aku masak awal untuk berbuka. ini semua gegara semalam aku tak masak sebab kedua-dua anak aku demam dan berkepit dengan aku sahaja. langsung aku tak boleh nak buat apa. Kesian laki aku berbuka dengan murtabak jer. esh esh apa la punya bini kan... sedih aku tau mengenangkannya...

so untuk tebus kekecewaan semalam, aku telah menebus dengan memasak udang masak lemak...balik karang aku nak goreng ikan n masak sayur dan masak nasi je lagi....

harap hari ini laki ku boelh makan dengan seleranya....

aku yang mok!

hmm...
jangan terkejut k kalo ari ni aku sudah buka 3 entri..
bila aku rajin atau jiwa kebengangan melanda maka byk la yg aku post dlm blog aku ni..
walaupun entri ntah apa2 yang pasti tak berguna pun buat sesaper
tapi cukupla buat peringatan bagi diri ku ini... heheheh akibat jiwa kacau pepagi isnin....

motip aku cakap aku mok adalah kerana renteten kes berbuka semalam. Lately ni aku dan adik2 aku mmg rapat giler la.. selalu akan ada aktiviti bersama kalo dihujung minggu nie. nak pulak bulan pose nie kan. Semalam aku telah memutuskan untuk berbuka luar dari rumah aku ini atau abg aku panggil gua batu. hehehehe

setelah berfikr panajng kat mana nak berbuka, maka aku rasa teringin plak nak makan nasi ayam kakak ipar
dan laki aku yang teringin tue telah menyatakan teringin nak makan burung puyuh. Maka kami decide makan di rumah abg aku di puchong nun sana. Maka dipendekkan citer... selesai makan derang ( aku, adik n akak ipar ) sibuk la bercerita pasal berat badan...


sambungan dari yang lepas

  maafkan daku sebab entri yang tergantung telah berlaku...
bukan disengajakan tetapi masalah teknikal daaa...

maka aku ingin ku sambung kembali....
dalam 3orang perempuan yang ada itu termasuk la aku ini telah menimbang berat kekami semua... alkisahnya aku paling berat... hmm.. apalagi adik n kakak ipar ku mula membangga diri dan bercerita alkisah mereka berdiet... apala yang mampu aku katakan untuk membela diri ku yang sememang telah gemuk dan tembam nya... apa yang boleh aku buat senyap dan mendengar cereta mereka tapi dalam hati ada meluat sikit...huuhuhu

so disini ingin kutekankan bahawa akan kubukti kan bahawa  aku boleh berjaya..

Pegagi ku sudah spoil

Ayooorr...
baru je lepas post entry nak jadi muslimah baik..
tapi tadi aku da emncarut bagai....
kes : bendahari nak invoice
alkisahnya......

minggu sebelum ini ntah bila ntah tarikhnya pun aku da lupa... bos aku suh g service centre sony tuk betulkan kamera opis yg rosak.. maka tanpa byk soal aku pun menurut perintah je la kan.. bila da settle semua sure la bagi resit yang aku dapat untuk claim kat bendahari..

tetiba pagi ni orang bendahari call, resit yang aku dapat tue tak valid untuk buat claim
kena ada invoice... alasan derang kat kertas yg service centre bagi tu tulis repair certificate .. xde langsung ayat invoice so derang tak terima pakai repair certificate asa invoice.

 bengangnya aku.....
ingat aku ni apa... letih aar cam nie... bengang tui....
aku takde mood ni nak keje daaa.......
ada je halangan untuk jadi baik

Salam Ramadhan

Hari ini sudah masuk ramadhan yang ke-6, aku masih belum ucapkan selamat datang buat ramadhan kali ini. Sebagai orang islam, kita harus dan perlu mengalu-alukan kedatangan ramadhan. Tapi negara kita keadaannya kurang atau tidaklah menyambut ramadhan seperti negara2 lain yang begitu mengalu-alukan ramadhan. Begitu juga lah diri aku ini. Rasanya ramadhan bagi aku adalah bulan sebelum hari raya dan bulan untuk berpuasa yang perlu menahan lapar dan dahaga. Nampaknya kesedaran dan pengertian ramadhan itu tidak aku hayati sepenuhnya...

Tapi semenjak aku kerja di sini, yang mana semuanya adalah orang islam dan suasana yang sangat berbeza dengan dulu atau kehidupan aku sebelum  ini yang mana aku dulu dikelilingi bangsa lain yang tidak memahami budaya dan kehidupan islam maka kesungguhan menghayati islam adalah kurang dalam diri aku yang memang kurang imannya... kalau dulu sembahyang pun culas sebab xde saper pun nak pengaruh aku yang mana aku ini mudah dipengaruhi....KAlau dulu amoi ajak sesi bersembang dan mengutuk, sure aku join sekaki walaupun aku tengah puasa dan pasti waktu sembahyang berlalu begitu sahaja...

Tetapi kini, aku beransur pulih atau kata lain penghayatan islam semakin baik walaupun belum sebaik mana pun tetapi pembaharuan itu perlu dilakukan demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Aku berharap sangat akan jadi muslimah yang baik kerana aku tidak mahu anak-anak aku jadi seperti aku yang kurang pemahaman islam yang sebenar. Aku mula takut kerana mendidik anak perlu kan pengorbanan, ilmu, kekuatan dan banyak lagi. Aku yang kurang ilmu islam terasa amat takut sekali kerana bagaimana nak didik anak jika aku tiada ilmu agama yang lengkap. Pasti anak aku juga akan lemah dalam penghayatan islam kaa..... apatah lagi dengan cabaran sosial yang begitu menakutkan saban hari ini. Aku takut anak aku terjebak dengan semua gejala ini.....

setakat ini aku berdoa agar aku mampu mendidik anak aku jadi insan yang berguna didunia dan menjadi hamba ALLAH yang soleh. Aku mahu anak aku berjaya dunia dan akhirat.....aku rasa semua ibubapa juga seperti aku. begitu juga mak dan ayah aku kan...

Sempena bulan ramadhan ini, aku ingin menjadi muslimah yang soleh dan anak yang baik serta menjadi insan yang boleh membantuorang lain....demi sebuah klehidupan yang baik dan juga pengabadian akhirat yang mendatang kebaikan seterusnya

Kenangan induksi : Kertas kerja

Setelah tamat induksi, baru aku tahu induksi cam best jer... kalo masa kat saner hati memberontak nak balik cepat nak tengok anak laki tapi kini bila semua depan mata baik no la nak teringat kenangan kat saner... adakah itu rindu namanya???

walau macamana pun semuanya adalah pengalaman yang perlu dilalui demi sebuah kehidupan. Apapun hidup mesti diteruskan baik suka atau tidak... jika tidak mana datangnya pengalaman dan kenangan itu kan...
so buat masa ini aku akui yang dalam memori aku tengah sarat dengan kenangan disana.. Hehehe al kepoyos laaa.. So hari ini aku nak tepek gambar kertas keje atau soalan -soalan yang aku sempat amik gambar ... gegara aku tak beli soalan yang bagi aku mahai mak oiiii.....


ini buka kerja yang tebalnya boleh tahan gak... motipnya buat ringkasan dari taklimat/ceramah yang diberi. Kena bagi 10 points tau.. memula rajin buat tapi dah nak abis tue aku mula meniru en izwan abg bendahari kita... masa tu stock malas giler daaa....

setiap kumpulan diberi 2soalan untuk buat tugasan. kami kumpulan 2 dapat la soalan no2 ni.... kami pulak bahagi 2 group lagi... ada yg buat soalan ni dan yg baki buat soalan no 10.

ini soalan no 10. Aku dapat soalan no 2 yg kat atas tue... Bila da siap kami akan gabungkan dan hantar.. lupa pulak nak amik gambar tugasan yang da siap....


Masa diakhir2 nak peksa tue... ada pengumuman yang offer untuk photocopy soalan tak... tapi rege boleh tahan.. so masa dia offer tue aku cam berkira2 kan akhirnya tidak la membeli...Bila tengok ramai yang beli, aku rasa cam rugi la tak beli. Nak hilang rasa ralat aku pun snap la gegambar contoh soalan...ceh konon nak review n study ler......

bila da ada soalan sure la ada jawapan kan....

so kepada sesaper yang nak g induksi tue... rerajin la baca buku k... tapi masa kat saner ramai kekawan yang akan tolong.. semua nak berjaya so apa yg penting... kerjasamaaaaaa......