Salam Ramadhan

Hari ini sudah masuk ramadhan yang ke-6, aku masih belum ucapkan selamat datang buat ramadhan kali ini. Sebagai orang islam, kita harus dan perlu mengalu-alukan kedatangan ramadhan. Tapi negara kita keadaannya kurang atau tidaklah menyambut ramadhan seperti negara2 lain yang begitu mengalu-alukan ramadhan. Begitu juga lah diri aku ini. Rasanya ramadhan bagi aku adalah bulan sebelum hari raya dan bulan untuk berpuasa yang perlu menahan lapar dan dahaga. Nampaknya kesedaran dan pengertian ramadhan itu tidak aku hayati sepenuhnya...

Tapi semenjak aku kerja di sini, yang mana semuanya adalah orang islam dan suasana yang sangat berbeza dengan dulu atau kehidupan aku sebelum  ini yang mana aku dulu dikelilingi bangsa lain yang tidak memahami budaya dan kehidupan islam maka kesungguhan menghayati islam adalah kurang dalam diri aku yang memang kurang imannya... kalau dulu sembahyang pun culas sebab xde saper pun nak pengaruh aku yang mana aku ini mudah dipengaruhi....KAlau dulu amoi ajak sesi bersembang dan mengutuk, sure aku join sekaki walaupun aku tengah puasa dan pasti waktu sembahyang berlalu begitu sahaja...

Tetapi kini, aku beransur pulih atau kata lain penghayatan islam semakin baik walaupun belum sebaik mana pun tetapi pembaharuan itu perlu dilakukan demi sebuah kehidupan yang lebih baik. Aku berharap sangat akan jadi muslimah yang baik kerana aku tidak mahu anak-anak aku jadi seperti aku yang kurang pemahaman islam yang sebenar. Aku mula takut kerana mendidik anak perlu kan pengorbanan, ilmu, kekuatan dan banyak lagi. Aku yang kurang ilmu islam terasa amat takut sekali kerana bagaimana nak didik anak jika aku tiada ilmu agama yang lengkap. Pasti anak aku juga akan lemah dalam penghayatan islam kaa..... apatah lagi dengan cabaran sosial yang begitu menakutkan saban hari ini. Aku takut anak aku terjebak dengan semua gejala ini.....

setakat ini aku berdoa agar aku mampu mendidik anak aku jadi insan yang berguna didunia dan menjadi hamba ALLAH yang soleh. Aku mahu anak aku berjaya dunia dan akhirat.....aku rasa semua ibubapa juga seperti aku. begitu juga mak dan ayah aku kan...

Sempena bulan ramadhan ini, aku ingin menjadi muslimah yang soleh dan anak yang baik serta menjadi insan yang boleh membantuorang lain....demi sebuah klehidupan yang baik dan juga pengabadian akhirat yang mendatang kebaikan seterusnya

No comments: