gambar berkaitan D&C










D & C a.k.a cuci

selama ni aku tahu aku gugur dan telah D &C. Masa doktor nak buat D & C pun x explain apa lah maksud dan cuma bagitahu kena cuci sebab ada yang tertinggal atau lebih specific incomplete abortion, keguguran tidak lengkap. Walaupun da lama n nak abis pantang baru nak dapat info atleast aku nak buat rujukan utk masa hadapan. Sebenarnya mula ambil berat sebab da sebulan berpantang tapi rahim aku masih belum kecut dan bengkak lagi. Mulai hari ini aku nak buat research naper aku tak baik lagi dan kenapa kali ini tempoh pantang aku terasa panjang dan masih keadaan tidak 100% sihat. Nak tahu mengapa kena la tahu puncanya... aku nak letak info pasal D&C

What a D&C Is:
A D&C, or dilation and curettage, is a surgical operation in which a doctor dilates your cervix and empties your uterus by gently scraping the uterine lining.
Although D&C is used as a general term for surgical treatment of a miscarriage, in the first trimester the procedure is usually a D&C .A (dilation and aspiration), meaning the doctor uses a "suction curette" rather than a sharp curette to empty the uterus.

Why a D&C Is Used for Miscarriage Treatment:
Sometimes a D&C is medically necessary. If a woman has unusually heavy bleeding as a miscarriage complication, a D&C can even be lifesaving because it stops the bleeding at the source.
In other cases, a D&C might be used if the doctor feels the miscarriage is unlikely to complete without intervention. In still other cases, some women request a D&C because they prefer to get the miscarriage over with rather than waiting for it to begin naturally.
Benefits of D&C
Women who have D&C have lower rates of unplanned hospital admissions than women who have miscarriages with medical intervention or no intervention. Psychologically, a D&C can also have benefits in that it ends the physical part of the miscarriage much more quickly. A D&C may also make it easier to collect a usable tissue sample for couples who want to pursue chromosomal testing on the baby.

Risks of D&C:
A D&C carries a small risk of complications such as puncturing the uterus, weakening the cervix (increasing the risk of later cervical insufficiency), and of scarring in the uterus. These complications are rare but can occasionally occur. Reactions to anesthesia medications are another minor risk.

  
Agaknya kerana proses korek itu membuatkan rahim saya masih bengkak dan ia telah melambatkan proses mengecutkan rahim.


Recovering and Coping after D&C
Physical recovery should be relatively swift. Most women can go back to work after a day or two. The doctor can prescribe pain medication as needed for recovery. You may have vaginal bleeding and cramping for a few days, but it should not be severe or heavy. Contact a doctor if you have heavy bleeding or severe cramping, or if you have symptoms of infection. Your doctor will probably advise avoiding tampons and sexual intercourse for one to two weeks.
Most women will resume a normal menstrual period within six to eight weeks after a D&C, depending on how far along the pregnancy was when the miscarriage happened. Your doctor may advise waiting one to two menstrual cycles to begin trying to get pregnant.





**** saya habis nifas selepas seminggu dan  peyed genap sebulan (3minggu selepas habis nifas)

article : dari 
http://miscarriage.about.com/od/medicaltreatmentchoices/p/dandc.htm

kemurungan vs ketabahan vs kekuatan

adakah aku sedang alami kemurungan?
itu tanda tanya yg sedang melanda jiwa dan emosi aku. sejak aku mula kerja dan selalu amik mc aku mula tertanya mengapa keadaan aku begitu lemah dan seperti mengada-2. Mengapa ada pelbagai masalah dan bnda yang perlu aku fikirkan... oh dugaan betul............

dimana ketabahan menghilang? adakah saya sudah tiada ketabahan untuk jalani dugaan yang diciptakan untuk saya? adakah saya akan jadi hamba yang lemah... oh tidak.... saya paling tak suka jadi yang lemah kerana ia cukup melemahkan semangat untuk hidup. Aku tak rela kehilangan ketabahan selama ini yang ku bawa kemana-mana...

aku perlukan kekuatan yang amat sangat pada waktu ini kerana tanpa kekuatan fizikal dan emosi aku akan terus hanyut dan leka dengan segala yang aku alami maka aku akan tewas dalam perjuangan dan dugaan yang kecil dan seberapa ini. Doa ku agar diri ini diberi kekuatan dan ketabahan lalui jua yg dtg demi sebuah kehidupan......yang tak pasti...

MC 2hari

Beikutan kebentanan yang berlaku minggu  lalu, aku mengetest untuk mohon MC di klinik panel. SEperti yang sedia maklum klinik panel hanya mampu beri 2hari sahaja MC. Aku bukan tidak mahu pergi  ke hospital tetapi aku rasa normal la kalo sakit  sengal2 kan. Kalo g hospital pun sure doktor cakap normal.

semalam gi klinik pon , doktor cakap kalo bentan yang betul adalah bila awak demam kerana dikhuatiri ada jangkitan dan menyebabkan awak demam, satu satu bentan adalah berlaku apabila darah turun atau keluar. Ini adalah simptom dan keadaan betan yang sebenar. Takat perut masuk angin dan sengal-sengal atau pedih adalah normal sahaja. Doktor cakap mungkin disebabkan pergerakan yang banyak menyebabkan perlanggaran otot dalam perut dan mengakibatkan sakit. Oleh itu adalah normal jika sakit kalau buat kerja berat yer.... doktor bg ubat tahan sakit dan antibiotik..

so kalo nak tahu istilah bentan yang sebenar bagi doktor adalah mengikut penjelasan seperti diatas. Nasib baik aku tidak ke hospital kalau tidak hanya sia-sia sahaja. Kalau da turun darah yang banyak selalunya baru para doktor especiallynya di hospital kerajaan akan melayan anda yer... kalau takat sengal2 pepandai la anda cari tukang urut ..... mereka lebih prihatin dan akan memberi nasihat yang berguna....

selepas mendapatkan nasihat yang seba sedikit itu, saya pun pulang dgn 2hari MC. hari rabu ini saya bekerja yer pepuan....

cukup ker?

perasaan dan pengalaman itu datang lagi. Aku bneci dan perasaan membenci semakin bertambah dengan berlakunya pengalaman ini. Aku rasa permintaan aku xde la teruk sgt tapi ... ntah... mayb aku emosi sgt kot...

alkisah...
seperti sedia maklum bila aku beranak je sure la ada sore sumbang yang akan sibuk menelepon anaknya suruh aku balik kg kekonon dia sangat la risau n sanggup la nak jaga aku yang dlm proses pantang. Kalau menelepon tu bukan sekali dua... selagi tidak lah aku balik selagi itu la dia akan sentiasa menyuarakan kebimbangan keadaan aku dan dia teringin sangat la hendak jaga aku. Bila aku keguguran kali ini, dia pon melakukan perkara yang sama juga... menelepon dan menyibuk suh balik kg konon dia leh jaga dengan sempurna dan sebaik2nya....aku tidak melayan kali ini, lantak lah sebab aku betui2 fedup dan benci untuk ulangi keadaan yang sama setiap kali ia berulang.

Ingatkan kali ni aku terlepas untuk rasa sakit hati itu lagi. Tetapi malangnya ia datang juga..malas nak berleret -leret menaip ni so aku buat point yer kekawan apa yang buat aku berbulu dan ber emosi sesangat...

  1. kalo aku duk umah dan laki aku jaga dia sediakan ayam panggang blackpepper dan nasi putih tetapi bila aku kat sini aku juga dihidang dengan ayam panggang jer (xde pon lada hitam) dan yg sedih lauk mlm td n pagi ni takat nasi putih dan ikan gelama goreng jer.... (rasanya mana best???). laki aku xpernah bg aku ikan goreng jer tau......
  2. Paling aku sedih dan emosi... cuba ko bayangkan besen yang kecil kalo dulu aku mandikan baby... saiz itu jugalah air mandi aku disediakan....kalo diceduk dgn gayung xsampai 10gayung... ko tak sedih ker.. dgn air tue ko nak basah rambut n cuci badan ko.... xkan la dia tak paham... cukup ke air byk tue...atau aku je yg tak sedar di untung????????????
  3. kalo dlm telepon sibuk suh balik.... mak leh jaga anak dgn na (panggilan nama aku)... tapi kalo anak aku nangis sikit n dia xleh handle..sibuk letak kat aku.. so apa motif dia nak jaga sgt anak aku???? kalo kat umah pantang sendiri dah tentu aku tak jaga anak sebab siang anta umah penjaga dan mlm laki aku handle...
  4. kalo dia jaga sangat sure la kan semua bab berpantang dia handle kan cthnya bertungku... ni kalo aku tak minta xde maknanya aku dpt tungku... xkan la aku nak minta memanjang kan.. sure la aku malu...
kesimpulannya.... perlu ker aku dijaga oleh dia? salah ker aku buat muka dan meronta-2 tak mo balik kg masa dlama pantang nie???

Bentan dan angin mabuk

rabu
hari ini aku da mula bercuti sebabnya laki ku telah mula bercuti dan dia sibuk lah nak pulang ke kampung halamannya disungkai. So lepas je balik keje, bersiap dan terus pulang ke kg selepas waktu maghrib.

Semalam masa kat opis aku da mula rasa lain macam sbb perut dan atas ari-ari aku rasa pedih serta rasa memulas cam sakit perut. Tapi ku tahan dan aku rasa tak mengganggu perjalanan hidup dan kerja. Aku rasa kesakitan ini berpunca daripada tempoh berjalan yang sangat lama. Sebabnya aku mula terasa sakit diperut bila mula bekerja dan menjalankan aktiviti berjalan yang agak lama.

Dikampung suami ada tukang urut yang dari dulu mmg aku selalu minta khidmatnya. Tadi masa nak urut di ada tanya brapa hari dan dia ckp 19hari baru la sangat dan tidak patut aku mula bertugas. Sebelum sesi mengurut dia check suhu badan aku dan cakap badan aku panas , ini bermakna aku telah bentan....

Maksud Bentan : demam dan keadaan yang sejuk melanda orang bersalin dimana tanda-tanda dalaman perempuan itu ada sakit. .. itu lah explaination tukang urut tersebut

Setelah beberapa saat dia mula mengurut perut, dia ada tanya perut ada bunyi tak ?
memula aku cam pelik la..tapi mmg kebelakangan ini perut ku selalu berbunyi, sangka ku perut lapar. Tapi menurut kata tukang urut itu, perut aku ada angin.

ohh... banyaknya yang aku alami tapi aku tidak sedari... adakah aku terlalu ambil mudah dan fikir kalau banyaak sangat mengadu padahal benda kecik adalah tanda aku mengada-gada... tapi rupanya tindakan aku itu hanya akan merugikan diri sendiri dan aku yg akan merasai apajua kesan.

so lepas ini, saya akan pastikan segalanya adalah yang terbaik saya lakukan untuk badan saya kerana jika saya sendiri tidak menjaga maka saya juga yg rugi dan menyusahkan org sekeliling. Saya nekad untuk menjaga lebih terperinci diri ini...

sekian ....