tepek gambar - sepanjang dalam pantang


 Aku bukan selalu rajin upload gambar... bila ada masa baru la upload sebabnya kekadang internet ini sungguh menguji kesabaran aku yang mmg selalunya jelas terbukti yang aku mmg tiada kesabaran... huuhuh... mari cuci mata yer...


 motif amik gambar sebabnya :- selepas aku kena injection kecutkan rahim kali kedua.. memang tiada rasa sakit dan rasa ok cuma disebabkan jarum masuk air ini je yg buat aku tak selesa dan sungguh menggangu ketenteraman aku sepanjang dua hari di wad..


 Disebab aku tak puasa pada malam pertama itu, aku disuruh makan dan hanya vegetarian food sahaja yang tinggal... sup ini dilihat sungguh menarik tetapi rasanya sungguh.... tawar dan ball tu isinyadiperbuat dari sayur... sungguh rasa pelik...

gambar ni pula menu harian aku sepanjang berpantang. ini lah menu yg laki aku sediakan setiap pagi dan petang...sungguh menyelerakan dan yummmy..best giler.....


Diatas adalah gambar pemakaian bengkung yang telah siap diikat.. selalunya aku ikat sendiri  sebab kalo ikat sendiri baru tahu tahap keselesaan yang kita tahu sahaja bila ikat... sedihnya.. kali ni aku cuma dapat bengkung setelah 3 minggu bepantang isunya kakak aku tak mahu bagi bengkung yang padahal dia pijam dan tak sedar diri itu....inipun bengkung ikhsan dari kakak sepupu aku yg baik hati itu hantarkan... terima kasih kak liza.....


 oh... gambar ini aku ambil sebab tersangat la skait hati dan rasa benci pada hospital itu sangat menebal... aku dinasihatkan oleh kekawan suh gi balik hospital serdang kalo nak sambung MC sbb aku didapati masih mengalami bengkak dan rahim tidak kecut tetapi cukup menghampakan kerana aku tunggu giliran hingga 3jam tetapi masih gagal dapat secondary triangle yang mana ia pemeriksaan dilakukan oleh murse dan setelah itu baru no giliran akan diberi untuk berjumpa dgn doktor.... ko bygkan nak dptkan rawatan nurse je da tunggu 3jam ... belom dapat jupe doktor mahu sepanjang hari aku kena tunggu... sakitnya hati buat aku ambil keputusan untuk balik je... rasa sia-sia je dan menunggu itu juga buat perut aku da sakit....

okeh sekian cerita sekitar berpantang yang lalu...

No comments: