Prolonged Jaundice - Result ujian darah
hasilnya memuaskan - kata doktor
ikutkan ujian darah hari tue menunjukkan bacaan kuning hanya 85
memang dah xde kuning pun
ujian berkenaan fungsi hati dan lain-lain pun ok
cuma..
suspen lah pulak..
doktor cakap ujian TSH dan TS kurang memuaskan
ia berkaitan dengan tyroid..
ada doktor explain kat aku
aku ala ala faham - so nak explain balik mmg failed
biasa la
bila bacaan kurang memuaskan nie
doktor nasihat suh datang balik buat ujian darah
untuk dapat balik keputusan sama ada memang ada masalah
atau ...doktor cakap la...baby kekadang fungsi organ dalam badan belum matang lagi
dan memerlukan masa untuk matang sepenuhnya
maka
next appointment 2 minggu lagi - 3 Disember 2015
hmm.... kali ni amik darah tunggu 2 jam baru leh jumpa doktor
harus setengah hari aku menunggu kat PPUM
bertabah dan bersabar dengan ujian kecil berbanding orang lain
nasib baik masa tue aku cuti lagi
ok la kan..
last sekali
terima kasih pada yang mendoakan khaulah
sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya
Eping - exclusive pumping
- mengepam
- bangun malam - untuk mengepam la
- buat jadual - untuk monitor hasil susu perahan
- membaca - untuk terus bermotivasi dalam mengepam
- syiok sendiri - sebab setakat ni tak de geng yang betul betul EP
- solat dan berdoa - mana nak dapat keberkatan kalo tak memohon pada pencipta..
Ruam pipi, lampin dan kembung
30 hari sudah
Hari ni hari ke 30 pantang dan umur khaulah
Kali ni aku tak strict sgt dgn pemakanan dan tungku pun jarang
Jamu lagi la kelaut dalam
Sebab org sibuklah cakap anak kuning mak jgn makan jamu sgt
Maka nak tak nak aku tak berjamu
Bengkung..huhuhu menyedihkan juga kali ni
Ntah laaa
Tak tau kenapa kali ni failed..
Mungkin sbb aku da anak ramai maka tak terfokus diri sendiri
Tp aku rasa xde la jaga n layan anak sgt
Mungkin itu.semua alasan kan..
Manusia kan pakai mencari dan mencipta alasan dari mengaku khilaf sendiri..
Malam ni khaulah dok merengek je
La ni pak dia tgh henjut sambil tgk wrestling...
Aku da lemau...dok henjut dr siang..nak bengkok da pinggang
Alahai anak..
Moga kamu sihat selalu..
Ibu sayang kamu
Moga kamu jadi anak yg soleha dan bermanfaat utk semua...
Mood nk tido to tak tertido...
Moga malam ni khaulah jadi anak yg baik yer...
Refleksi diri
Khaulah masih kuning lagi...
Bacaan terakhir 128 (umur khaulah 23hari), masih atas 100
Menurut kata doktor sepatutnya selepas umur bayi 2 minggu bacaan perlu bawah 100
Ikutkan perlu dirujuk ke hospital tapi bacaan khaulah ada peningkatan mendadak- petanda baik.
Maka doktor bagi tempoh lagi seminggu untuk lihat keadaan khaulah.
So next appointment 9 nov sama dgn utk vaksin seterusnya
Kisah anak kuning kali ni
Benar benar menguji aku
Mana taknya...macam2 petua org bg n kami da buat
Sapai satu tahap aku menyampah bila org sebut petua ini itu...kekadang aku terfikir benarkah petua itu yg mengubati...bukan semua ini datang dari Allah
Bila hati berdetik demikian
Maka tersedar lah aku, sebab aku jua seperti mereka yg suka bg petua n cakap seperti pakar bila ada org lain ada masalah...lupa suruh kembali kepada Allah
Kisahnya... Ada member anaknya kuning yg keadaannya seperti khaulah...
Masa member mengadu, aku selalu bg petua dan push bersungguh laa member buat ini buat itu....tanpa memikir perasaan kawan...
Haaa...bila terkena batang hidung baru tersedar...kita kekadang lupa pada Allah...terlalu yakin dgn diri sendiri atau usaha yg kita buat...konon aku berjaya sebab usaha aku padahal itu semua atas izin dan aturan Allah...
Maka rentetan itu, aku berjanji selepas ini akan beringat... Fikir perasaan pengadu sebelum membuat kesimpulan...
Sejujurnya, bila kita dalam keadaan terdesak dan menerima pelbagai tekanan/desakan ( ya niat mereka baik) tapi penerimaan aku..seperti kita tidak berusaha....benar benar buat aku tertekan dan serabut...keadaan yang tidak membantu langsung...
Sesungguhnya kita manusia mudah lupa..
ALLAH menguji kita untuk sedar dari sifat alpa dan cuai..
Kekadang kita terlalu yakin dgn diri hingga lupa kuasa Allah...
Allah beri ujian kecil buat aku untuk muhasabah dan baiki diri...
Terima kasih Allah kerana menyayangi hamba kerdil ini dengan ujian ini...
Aku bertaubat dan mohon keampunan atas sifat angkuh dan sombong ini..
Astaghfirullah al'azim....