flat nipple / puting xde

topik ni xde kaitan atau aku x alaminya pun...
tp selama aku mengkaji dan belajar pasal penyusuan
aku selalu terbaca dan jupe topik nie
dan ada juga beberapa kawan yg ckp derang kes cam nie

so nak citer my first experience la
semlm hubby aku ckp wife member dia xleh susukan anak
member dia mmg nk xclusive bf so dia minta susu aku
utk cover sementara susu x kuar lg even da bersalin 4hari
aku mmg kenai sgt member dia nie
aku yg mmg semgt nk tlg org bf nie (aku kempen kat sesaper je yg tgh ngandung)
apalagi kuarkn semua idea n ilmu yg ada (cetek jer)

so smlm aku g umah dia dgn membawa pam spectra aku yg tak guna almost 2month tue
bila da sapai umah.. laki dia info wife dia xde puting so susu tak kuar
masa aku ajar dia guna pam tue
mmg aku tgk cam xde puting
so aku pun psg la pam aku (dlm ati berdebar takut susu xkuar)
bila start pam.....
jeng.. jeng... jeng
susu memancut kuar.... hasil sedutan spectra ku...
happy tgk susu kuar
tp breast blah kiri dia berdarah.. masa pam tu darah kuar
bila aku tanya naper berdarah..
derang ckp mayb baby gigit masa isap tue sbb susu xkuar

so hasil pengamatan aku n pemahaman aku...
dia tak latch / sumbat anak dia dgn btui...
ramai yg ingat (termsk aku -dulu) menyusu hanya masukkan puting je
sebenarnya.. kita masukkan kesemua aerola atau
nak lebih fhm masukkan semua bhgian hitam kat breast kedlm mulut anak
so baru susu leh kuar dgn btui n kita xkan melecet atau pedih bila baby isap
nak info lebih kena rajin membaca yer..
aku pun takut nak tulis lebih2 sbb aku bukan pakar laa

kira semalam aku sgt puas hati n happy
sebab berjaya membantu ibu menyusukan anaknya
tak tahu nak explain camner tp mmg satu kepuasan
harap aku boleh bantu ramai lagi yer
aku takmo ada yg cam aku dulu
xde info hingga menyebabkan anak aku tak dapat susu ibu
aku nak tebus kekesalan aku dulu...

kat bawah nie ada sedikit info
buat pendoman kekawan aku




Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:

  1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
  2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
  4. Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
  6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu

Cara Mengampu Payudara:

  1. Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold)
  2. Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
  3. Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini


Teknik Lekapan Bayi:

  1. Mulut bayi terbuka luas
  2. Dagu bayi memcecah payudara
  3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
  4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
  5. Pipi bayi menggelembung
  6. Ada nada hisapan glup..glup.. hisap-telan-hisap-telan

Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:

  1. untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
  2. memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
  3. mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
  4. mengelakkan bengkak payudara ibu

No comments: