dugaan diawal penyusuan semasa pantang

sebenarnya tak tahu nak mula
sebabnya aku memang tak berani nak bagi advise
atau pandangan sangat pasal penyusuan secara formal
takat member tanya2 aku brani la melalui pengalaman
lagi pon derang tanya sebab derang rasa aku blh direfer...

alkisah
aku dah jumpa secara berdepan dan cuba bantu ibu2
yang bertanya pasal penyusuan semasa mereka dlm pantang
takat nie yg betui2 aku handle adalah 3 orang....

kes 1 - wife kpd bestfren laki aku
         - problem : susu tak kuar n puting xde
masa aku dtg tak ingat da hari ke berapa
dia cakap susu tak kuar sebab puting xde n baby susah nak hisap
so aku cakap kat dia, apa yg aku baca bukan puting yg penting
aku ajar dia cam mana nak menyusu dan aku buktikan dengan mengepam
bila aku mengepam guna spectra- sungguh terkejut... banyak sungguh susu dia
dan susu tue masih berwarna kuning maknanya kolostrum dia masih byk lagi
so aku bg la ilmu yg xseberapa kat dia agar dia terus menyusukan anak dia...
kes ni aku rasa dia tak menyusu lama mana pon sebabnya ibunya cepat giveup
walaupon full housewife...sayang sungguh......xde rezeki lagi....

kes 2 - kawan sekolah
hmm...aku datang setelah pantang 3hari..
dia mmg nekad nak breastfeed anak tapi tiada persediaan
persediaan disini, adalah ilmu penyusuan
bila kurang maka agak mencabar juga
walaupon hati nekad nak menyusu....
so sekali lagi aku beri sedikit ilmu yg ada
sebagai panduan kpd kawan ku ini ....
kawan aku ni beruntung sebab boleh bawa anak g kerja
so dia mmg directfeed je anak dia
hingga kini anak dia berjaya disusukan tanpa kegagalan....

kes 3 - kawan sekolah aka rapat
dia bersalin melalui pembedahan
dugaan - anak kuat menyusu dan susu kuar lambat
bila susu kuar lmbt mula cari alternatif lain
pengalaman baru aku juga bila dia org pertama yg bg susu
guna sudu, so agak baru bagi aku laaa.....
bila anak da biasa bg susu guna sudu
anak mula meragam n mengamuk bila di sua Cik B
sebab cik B agak lambat dari sudu....
maka aku sarankan guna botol demi selamatkan keadaan
tapi hingga kini..baby still liat n malas nk direct......
dugaan betui yer.......

hasil dari pemerhatian aku
rasanya ilmu penyusuan perlu di khatamkan
jika tidak mudah lemah semangat dan percaya
dengan pelbagai andaian dari org yg xde pengalaman
maka harapan untuk menyusukan anak akan gagal...

oleh yang demikian
aku selalu tekankan kpd bakal2 ibu untuk membaca dan
belajar semua ilmu dan pengalaman orang lain demi
mencapai hasrat yg satu ini napak mudah tetapi sungguh
mencabar....

antara cabaran yang selalu aku hadapi
  • tiada sokongan keluarga
  • orang sekeliling yg byk andaian
  • banyak alasan, idea, pemikiran yg negatif berkaitan bf
  • kerenah org tua yg percaya anak nangis je sbb lapar...
  • banyak lagi tp ini yg selalu aku hadapi...yg lain aku bo layan jer....