sumaiyah - 2nd appointment

Seperti yang dimaklumkan sebelum nie, jika seorang kanak2 telah punyai sejarah kencing kotor dan nak pula bakterianya e-coli perlulah dipantau selama 2-3 tahun mengikut keadaan. Doktor akan suruh ibubapa alert dan sentiasa update urine test jika demam berpanjangan kerana bimbang simptom jangkitan kuman berulang lagi. Antara pesanan doktor :
  • kena buat urine test sebelom amik apa2 antibiotik jika demam
  • jika jangkitan berulang dan kerap , boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang.
  • jangkitan kuman bukan hanya disebabkan tidak hygienic tetapi juga disebabkan ketidak sempurnaan aliran dari buah pinggang ke pundi kencing ( back flow dari pundi kencing ke buah pinggang)\
itu antara perkara yang dititik beratkan oleh doktor. So bila sumaiyah demam ...kami sangatlah cuak sebabnya untuk kebah amatlah lambat...kalo baik pon on off selama sebulan. Semasa 2nd appoitnment nie aku maklumkan sejarah demam adik, doktor terus risau dan minta aku buat beberapa appointment dan ujian agar dapat ketahui punca dan cari jalan penyelesaian untuk elak ia berulang lagi.

so tadi aku kena buat appointment untuk
  1. 28 Oktober 2011 persediaan untuk pemeriksaan perut dan usus kecil - yang ni kena masuk ward sehari sebelum pemeriksaan. so doktor booking katil kat paed 2 jam 4petang pada 27 Oktober 2011. doktor cakap ujian ni akan masukkan tiup pada pundi kencing.....cuaknya aku dengar.....
  2. pemeriksaan ultrasound - 11/1/2012 ....kena datang 10 pagi
  3. pemeriksaan lanjutan - 11/1/2012 .... temujanji jam 11pagi ( doktor pesan sekali jalan untuk follow up semua result)

Bila dilihat dan difikirkan, naper la anak aku yg kedua ni banyak dugaan yang dia kena lalui. Setiap kali pergi klinik atau hospital n nak amik urine sure dia menangis menjerit sebab prosesnya sangat la menakutkan bagi kanak2 yang tak pandai nak kencing. kesian tgk dia menjerit sebab kalo dia tak pandai kuar kan urine, maiya akan dipaksa menggunakan tiub....kalo tgk pon ngeri......nak cerita pon tak reti...yang aku tau maiya menjerit -jerit hingga runtuh jantung aku.....

hmmm.... lupa plak, tadi doktor amik gak urine dia. memula pujuk suh dia kencing sendiri tapi seperti biasa dia meneran mana nak kuar...doktor decide masuk tiub....luruh lagi jiwa aku tadi tp jap je sbb doktor kata dia ganas sgt n last choice pakai bag jer... Sib baik gi dengan ayah dia...so ayah dia lah yg handle n pantau bag supaya urine tak tumpah dan proses berjalan dengan lancar..... result tuk urine hari nie....OK...xde infection...alhamdullilah...kalo tak ntah apa la doktor nak buat kat anak aku sorang nie.....

kita tunggu je next week. Harap xde yg buruk berlaku dan baik2 sahaja...doakan kami yer....

No comments: