- pasti tidak kedatangan haid ( sebabnya saya tak pernah miss)
- saya akan tidak berselera atau kurang berselera utk makan (amatlah payah sebab selalu kelaparan)
- bila lapar hanya satu yg saya terbayang adalah minuman beryogurt
- bila malam saya tak tahu nak masak apa dan deria utk makan hilang....
- pasti saya akan mengalami tekanan emosi yang amat hebat - sgt2 sensitif
- nenas adalah makanan kegemaran sepanjang tempoh mengandung ( jika tidak xberminat pun)
Pada perkiraan dan pertimbangan inilah buat saya malas untuk memastikan keadaan diri saya dan buat pemeriksaan di klinik. Jika mengikut perkiraan yang betul, saya sudah berisi selama 3bulan. JIka orang lain pasti sudah heboh satu dunia. Tapi aku masih sangsi dan rasa belum masanya lagi utk buat pengumuman atau pemberitahuan kepada orang lain. Perlu ker?????
walaupun saya tahu berbadan dua, aktiviti saya masih berjalan seperti biasa ( apa je aktiviti aku yer). Maka tiada yang istimewa untuk tempoh mengandung buat masa ini. Tiada yang teruja atau saat yang buat aku cemas lagi kerana semuanya masih awal lagi....