imduksi : hari ke-4: mode pagi yang sunyi

hari ini bangun dengan perasaan yang masih merindui dam membayangkan anak-anak yang jauh dimata itu. Pagi ini secara rasmi kursus induksi umum bermula maka sesiapa yang hanya perlu ambil kursus khusus uitm sudah pulang kepangkuan orang2 kesayangan mereka...

aku masih keseorangan walaupun semalam ada kakak cleaner yg kemas dan ganti bedsheet. Keseorangan adalah perkara biasa dalam hidup aku so tidak menjadi isu dalam diri ini. Pagi tadi ada orang baru duk sebelah aku, jawatan dia lagi tinggi dari aku.. dalam hati begitu cemburu dengan mereka kerana ijazah mereka digunapakai dan membantu mereka mendapat jawatan yg selayaknya, bukan seperti aku yang kerja puluhan tahun dan ijazah tidak banyak membantu. Tetapi aku selalu berpesan pada hati bahawa semuanya adalah ketentuan Illahi, setakat ini rezeki aku adalah sebanyak ini. Jangan tamak dan haruslah bersabar kerana setiap orang ada bahagian masing-masing.

pagi ini aktiviti banyak berkaitan suaikenal dan membentuk kumpulan, so xde la stress sgt. Tadi suami tercinta memberitahu satu kejadian yang menyentuh perasaan dimana adik telah terjumpa gambar aku dalam wallet yg da lama aku tak pakai ada terselit gambar passport aku. Ayah memberitahu adik terjumpaq gambar tersebut dan dengan tidak semena dia terus mencium gambar tersebut berkali-kali... Suamiku sungguh terkejut dengan tindakan spontan adik sumaiyah... menunujukkan dia begitu merindui aku... sob.. sob sob... sedihnya aku....

adik maiya, ibu juga merindui adik yang sangat. Ibu asyik terbayang pipi adik yag gebu itu, rasa nak peluk2 adik kuat-kuat. Tak sabar ibu nak tunggu esok supaya dapat hilangkan rindu ibu yang sudah hendak meletup ini. Ibu harap esok kita dapat meluangkan masa yang lama kerana ibu takut aktiviti ibu membantutkan hasrat untuk melepaskan rindu dendam ini yang sedang mengganas.

No comments: