Oh en pam kesayangan..

Mi Saya mau nanges ini malam
Sebab en.pam tetiba je buat hal
Tetiba tak mau sedut
Bunyi pun dah lain macam

Aduhai
Terukla kalo problem
Sedeynya....

Td buka bateri
Kalo da buka bateri kena charge 24 jam
Baru leh on....

Huhuhuhu
Xde pam susah la saya
Harus menderita breast bengkak
Almaklum cik khaulah xmo direct
Huhuhu :-(

Ya Allah
Hanya padaMu aku berserah
Oh tensennya...

Moga aku bertabah

Nota: gambar
Hasil susu dr marmet method..
Ok la dr bengkak..
Kira skill masih ada..walau da tumpul..

Penyusuan hingga hari ke 13

Alhamdulillah
da 13 hari aku bersama si kecil
kesihatan semakin baik
cuma kuning baby je bikin aku cuak

nak cerita penyusuan kali ni
dari keluar labour room sapai keluar hospital
susu aku memang sikit, sapai anak aku mengamuk ngamuk
huhuhu...sungguh mencabar

disebabkan baby suka mengamuk
aku amik inisiatif guna botol je
pam susu then bagi melalui botol
ditambah dengan kuning mmg every hour to 2hour kena bg susu'
kalo bg direct mmg hisap main main je'
disebabkan (salah aku kot) dah terbiasa bg puting
maka anak aku dah syok dengan puting
huhuhuhu

bagi je direct kompom dia mengamuk
dan sungguh penat jika ia berlaku waktu malam
ingat hari ni start nk direct semula tapi tue la maknya kena kuat semangat
kompom rejection akan berlaku...

aduhai...
inilah antara cubaan dan dugaan penyusuan
tak boleh mengalah dengan keadaan
kena sentiasa ada istilah try and error
jika tidak kita akan mudah mengalah

doakan aku yer
takut sebenarnya
jadi ibu pumping 100%
penat dan letih ooo jadi ibu pumping nie...

walau apapon kita kena kuat semangat!!!


hasil susu dari 13 oktober...yg sebelumnya..aku habiskan..
sebab aku tak buat proper date.. 20 botol sudah...

kena la cuci botol baru...
kena pk storage baru...
kalo nk guna semua botol...harus kopak aku,,

kena Kuning daa.....

Jururawat dari klinik ibu dan anak buat lawatan pertama
hari ke 6 baby lahir
macam biasa check baby dan aku sekali
jururawat suh g klinik sebab baby suspek kuning
kalo ikutkan petang tue jugak suh g klinik
tapi aku cakap mana ada orang nak bawa
so kena la g esoknya

maka esoknya gagah la aku membawa anak
alhamdullilah tak lama sangat seperti yang dibayangkan
aku sapai 5 minit seblum 8pagi..jam 9.30pagi settle

procedure : amik no giliran, tunggu g amik darah, tunggu dapat result, tunggu jumpa doktor

itu je...
ayat aku dgn doktor bila dia cakap ok blah blah...khamis dtg lagi yer..
hihohohhohhi.... semente pegi klinik sebab nak tgk result darah je
memula mmg cam hampehhhh...xde ubat pun yg dibagi
tapi demi anak tersayang kena ikut cakap doktor kan

22 oktober ni repeat lagi
alahai malasnya...
moga moga khaulah da pulih sepenuhnyaaa

selain kerap bagi susu
kami try mandikan bunga/herba dari kedai ubat cina
harap berkesan dengan izin Allah

doakan khaulah yer...

second check dari klinik ibu dan anak
procedure nak timbang berat baby

catatan dan result darah khaulah 2 kali pemeriksaan..


nurse muda yang baru nak belajar
comei amoi nie...


pemeriksaan ke-2 lambat dan lama sikit dari yang first
bosan punya pasai aku snap gambar...


Khaulah Azwar Syuhada

Akhirnya..
setelah beberapa hari
maka rasmi la nama syuhada ke 4
Khaulah Azwar Syuhada
aku tak conpidem
tapi ramai yg bagi feedback ok
baru lah conpidem
apa punya ibu laaa
ye la nama tak komersialkan...

tapi sebab aku mmg dah berkenan sgt
harap anak aku suka dgn nama yg diberi
moga anak ibu jadi anak yg berni demi agama
menjadi pejuang demi agamaMU
almaklum masa hadapan 
adalah zaman yg mencabar dgn tanda-tanda akhir zaman

harapan aku 
agar anak aku terhindar dari fitnah dajjal
terhindar dari menjadi hamba yg kufur
moga menjadi anak yang soleha dunia dan akhirat
anak yang mendoakan kedua ibu dan ayahnya...
menjadi manusia yang bermanafaat kepada orang lain




baru je isi borang
ayahnya bertangguh jer nk daftar


alo alo lo...besar mulutnya

comei tak saya???

Syuhada apa kali nie ye???

hari ni genap7 hari bersalin
ikut sunnah letak nama anak pada hari ke 7
aku masih berkira-kira nak letak nama apa
huhuu

aku dah lama tertawan dengan nama
khaulah al azwar..
tapi tak teragak -agak untuk letak nama anak
camner tue

la ni aku ada 2 nama
1- khaulah al azwar syuhada
2- nusaibah syuhada
Mereka berdua adalah tokoh wanita islam pada zaman Rasulullah yang berani berperang
aku suka dengan sifat berani mereka.
aku harap anak aku akan dapat belajar sifat sifatbaik dari pejuang sempena nama mereka
semua nama anak aku adalah tokoh islam 

aku suka bercerita tentang kisah disebalik nama mereka
biar mereka tahu serba sedikit sirah nabi yang ada kaitan dengan mereka
moga ada iktibar dan teladan yang boleh mereka ambil
so malam ni kena isi borang untu buat mykid/surat beranak
setakat ni ramai yang sokong khaulah azwar syuhada (the black rider)

hmm..
bila nak bertahnik nie
aku tak larat lagi nak cari ustad
almaklum aku kan masih lemah...tgn dan bahu masih lenguh2

doakan saya




humaira melayan babynyer...


comeikan kaki si kecik


comei tak saya??

Mari mengepam - edisi ke 3

Edisi ke 3
kenapa edisi ke -3 ??
sebab ini anak ke 3 aku mengepam dan menyusu badan
masa anak pertama aku memang tiada ilmu, kehendak dan matlamat
apa itu penyusuan pun aku tak tahu.. apatah lagi mengepam nie..`

Bila anak masuk hospital baru ada kesedaran
maka masa menggandung anak no 2 la aku da mula mengali maklumat
boleh dikatakan setiap hari aku akan gali ilmu dan baca semua maklumat pasal penyusuan
sehingga masalah dan simptom kegagalan pun aku belajar

alhamdullilah ..
berkat kesungguhan itu
hingga kini anak ke 4 aku masih gagah mengepam dan menyusu
walau penuh dugaan dan cabaran
masa first time aku menyusu kan anak,
 tak ramai geng dan pendedahan tak seghairah sekarang
sekarang kalo gi mana ko akan jumpa geng mengepam
dulu payah sangat..n tiap kali org tgk mengepam pasti ko ditanya dan ko kena explain


so kali ni perjuangan bermula lagi
walau pun dah ada pengalaman dan skil (ceh konon!!)
still dugaan dan cabara tetap ada sebab nak maintain susu selama 2 tahun bukan mudah
banyak yg kena ko korbankan dan tinggalkan..huhuh

walau apapun..
jgn mengalah selagi belum kalahkan..
hahhaha...
aku kena mula mood mengepam dgn aura positif kalo tak HANCUSS
so jgn la kata aku poyo atau lebeh..
sebab itu semua bertujuan utk naikkan semangat dan motivasi kekal positif
kalo rasa aku poyo sila la pm aku supaya aku sedar diri

bukan apa
kekadang aku baca post org yg mengepam ni
terlebih excited dan memuji diri
hingga lupa ada org yg terluka
maka aku tak mau itu berlaku di pihak aku
prinsip aku biarlah berserderhana agar hidup diberkati

ok guys
yang satu geng mengepam...
selamat mengepam dan gagah terus mengepam
pada yang tak dapat join ..insya Allah ada bahagian lain yg Allah bg pada kamu
untuk kamu .... pasti semua ibu mahu yang terbaik untuk anak nya..

wish of luck untuk aku
jauh lagi perjalanan aku...
baru hari ke -5 nie..



ini la pam yang telah banyak berjasa pada aku
sejak tahun 2009 lagi nie
tak sia-sia aku beli masa tue guna simpanan yg sikit  (itu je yg ada!!)
sungguh aku sayang kamu...

hasil yang paling banyak aku dapat setakat ini
dengan 2 belah la,,,,heheh

hasil mengepam aku bagi juga terus kat baby
sebab kekadang aku dah letih sangat atau busy dengan siapkan diri
laju ooo ...baby minum... kecik lagi da pandai hisap puting
kali ni aku xde beli puting yg mahai atau special macam nuk,timmie tommie atau medela
aku ajar anak aku pakai puting murah je- pureen 

sekian buat masa ini...

Syuhada ke 4 - part 2

entry nie
aku nak story pasal bersalin kat hospital serdang
sebab aku tahu perasaan bilamana tak tahu nak beranak kat mana
sejujurnya bila org sekeliling bg tahu yg hospital serdang tak amik kes normal
memang aku cuak sangat ..
aku susah hati...
asyik memikir kat mana lah aku nak beranak
terbayang-bayang dah sakit kena reject suh g hospital lain


aku pilih hospital serdang sebab dari anak pertama memang kat situ
masa anak pertama hospital ni baru je buka
so servis dan fasiliti aku rasa ok sangat sebab aku bukan jenis cerewet cuma fussy sikit.. hahaha

sama juga anak no 2-3
pengalaman ok je xde yg tak menarik atau menyeramkan sapai beranak atas troli kan
so masa preggy ke 4 bila org ckp serdang tak amik memang aku tak tido lena since that
n ada je kes member rapat yg derang kena reject ke hospital kajang dan HKL
cer ko bayangkan kalo ko tengah sakit ala-ala...org suh g tempat ko tak biasa
camner lah perasaan n keadaan kita kan...

so kat sini aku nk review pengalaman lepas aku berjaya bersalin kat serdang
dari daftar kat kaunter memang aku takde masalah
masa aku daftar tak ramai org, keadaan tenang jer
nurse dan doktor pun layan aku bebaik
siap bantu aku bersalin cepat sbb aku 4cm dah masuk labour room
dalam labour room pun derang tolong bg ubat tahan sakit

memang aku hargai sangat saat aku kat labour room tue
semua nurse dan doktor cuba bantu aku..
xde kata sinis atau keadaan yg menyakitkan hati
bersyukur sangat....

aku pun tak tunggu lama kat labour room lepas bersalin
aku dapat wad 5F
tapi ditempatkan di tingkat 8 A ( wad first class kot)
cuma keadaan wad yang menumpang nie lain sikit la
bagi aku masih tahap baik dan ok
takde la menyedihkan macam stor walaupun ala-ala kan
aku faham sebab wad tumpang... ko kena faham la situasi
kalo nk selesa bebenar ko booking awal dan pilih yg pakej mahai punya..

bagi aku ok je
sebab bg aku fasiliti dia jauh beza dan masih selesa berbanding klang
klang xde penyaman udara, padat, bising dan macam2 lagi
tapi yg ini memang padat tp masih ada ruang utk ko dan baby la

kalo kat klang pun aku dgr dah 10cm baru ko leh masuk labour room
oh tidak aku mmg tak sesuai kat situ sbb sejarah aku mmg cepat nk kuar je tp bukaan cm lambat


so nasihat aku utk mommy kat luar sana
Hospital serdang memang tgh renovation
so kena la faham 
kalo ko nak selesa kena booking awal mana mana hospital lain
kalo takde bajet bersedia la dgn apa yg ada 
tips aku kalo nk bersalin kat serdang gak macam aku yg memang setia dengan serdang
ko gi bila ko betui betui dah nak beranak la
macam aku da sakit setiap 10 minit memang aku baru g hospital
bila ko da ada tanda sakit bagai, hospital takkan reject ko

so dun cuak k
cuma risiko la
sebab ko tak tau kan bila da 10 minit setiap kali sakit tue brapa cm ko da buka
kang dah terbuka 6cm.... takut ko terbersalin dlm kete plak
makanya fahamila diri anda ..

nota : entry ni tak de niat nk burukkan klang, sebab aku duk shah alam...derang suka menakutkan aku...hhuhuhu...maafkan aku... minta ampun..


nama pun wad tumpang...
takat tanda nama yg ditampal je
tak kisah la kan...
asal aku da beranak


ni dr sudut atas katil
tak macam bilik stor ke??
apa aku kisah as long tak busuk, tak berhabuk dan berkuap..
aku rasa ok jer...


ini la anugerah Allah
ke Empat buat aku
dah hari ke 5 aku masih tak de nama lagi...
blur laaa

Syuhada ke empat

Tarikh : 7 Oktober 2015
masa : 5.51pm
tempat : hospital serdang
berat : 3.7kg


Alhamdulillah
Syukur nikmat pada yang maha Agung
Aku telah dikurniakan syuhada yang ke -4
Napa ke- 4 sebab semua anak aku perempuan dan semua ada syuhada..
Kebetulan aku tak decide lagi nama utk baby..

aku mula leaking jam 5.30pagi masa nk g toilet
tapi tak brapa pasti sebab macam bukan air ketumban je
kebetulan aku memang malas nk keje sebab ada program yg aku tak mahu join
so pagi tue aku memang plan amik cuti je

jam 9pagi decide lepak umah kak eda - lindungan
sebab aku da mula sakit setiap 20 minit 
plan laki aku boleh g keje dan aku standby kalo sakit terus g hospital
jam 12.00tghari aku call laki aku g hospital sebab da kerap sangat

bayangkan da sakit setiap 10 minit tapi still teragak -agak nak g hospital mana
bila da on the road, aku laki bini decide g serdang je
tawakal la sebab kami da biasa kat situ

masa daftar..
xde plak kaunter banyak tanya
minta dokumen dan daftar aku terus jer
bila tgk muka aku dok berkerut je
nurse suh baring n start la check perut n banyak tanya

Dugaan pertama
aku dapat doktor lelaki cina
Allah..... aku da suspen tapi aku redha je la
nak plak dia bawa pelatih...adoi...
aku jadi bahan ujian jugak la
sempatla dr pelatih belajar check nk ukur berapa bukaan..

so bila da check bagai dr cakap baru 3cm so suh aku tunggu..
aku tunggu kat tempat yg agak ok..
tapi still sakit aku makin menyengat..siap peluh peluh lagi
aku mengadu kat nurse n derang pun tgk aku sakit beria...
doktor check...sekali lagi doktor lelaki tp melayu..ALLAH..malu

still 3cm
camner nie aku memang sakit sangat..
bersabar la...doktor cakap nanti jam 5ptg kita review lagi...
masa tue baru 2.30 kot...

aku bertahan jugak la dengan kesakitan yang berpeluh-peluh 
dan memang tak tahan sangat
hingga aku mengadu lagi dan derang pun kesian tgk aku..
doktor pompuan kali nie...
dia cakap baru 4cm..
dlm hati aku... tak putus berdoa dimudahkan zikir nabi yunus mmg tak putus la

kesakitan kali ni memang luar biasa 
sapai nurse kesian kat aku suh baring kat katil
mungkin tak ramai patient kot, doktor ramai dtg kat aku n kesian kat aku
derang suh masuk labour room sebab ikut history aku memang cepat..

dah masuk labour room pun
doktor incharge pun lelaki ...
ada la 3-4 org doktor yang review kes aku..
tgk aku mengerang yg teruk sorang siap suh bg ubat tahan sakit
lps bagi ubat..aku lalok jer...but still sakit ooooo

dalam kul 5ptg 
aku mcam nk meneran..tp feel nak meneran aku xde
nurse cakap .....sebab aku amik ubat tahan sakit tue
but still aku kena push gak sbb tak push camna la baby nak kuar
proses meneran kali ni lebih dr 5 kali kot
kalo anak yg lain 3kali teran anak da kuar

yang ini
masya ALLAH, terasa payah dan susah
hingga aku rasa give up sangat
aku rasa putus harap...rasa nk je cakap doktor buat la apa asalkan baby kuar
aku memang takde daya nk meneran...terasa tak tau nak meneran pun ada
tapi nak buat camner...proses nya begitu
aku kena la teran walau aku mmg tak de feel dan energy
push push push...ha..cantik ..pandai... antara ayat  nurse yg incharge...
akhirnya keluar kepala baby....


tapi ujian sungguh kali ini
tetiba nurse menjerit... "baby stuck"!!!
datang la beberapa doktor n nurse back up...
siap katil kena tanggal la
tapi aku try push push push push push...sbb aku tak tau nak buat per
akhirnya 20minit kemudian...badan baby keseluruhannya kuar

cuaknya aku
tak tahu laaa...
masa nk kuarkan uri pun ..nurse cakap banyak sgt darah 
huhuhuhuhu...nak nangesss

da jahit 
ingat da settle...
rupanya doktor check plak lagi...
check check darah beku banyak lagi..
doktor punya korek...adoiyaaaa...seksaaa!!!!
nak nangessssssss

huhuhuhuhu
pengalaman yg benar benar menginsafkan aku untuk tidak bersalin lagi
serik woiiiii


esok aku sambung lagi naa....
banyak nak story...






ni la hasilnya

anak aku !!!

Yea.. Nona roguy da sampai

Tetiba kan..
Padahal aku memang pengguna tegar
nona roguy tiap kali dalam pantang
Ini last item utk preparation bersalin
Aku tak pernah beli yg set
Sebab rasa macam tak guna semua
Tp rasanya masa sumaiyah kot
aku beli macam set tp mmg btui membazir sbb aku pemalas ya rabbi
Nak melulur, barut bagai...

So aku hanya guna 3 item ni je
Phytonatal, minyak herbanika dan akarherbanika..
Kali ni packaging lain sikit, phytonatal botol da kurus, dulu gemuk sikit tp quatiti masih sama 180 biji..
Cuma yg tak best minyak da satu saiz je 130ml....kecik je botolnya..tak tau la cukup ke tak nie....
akar herbanika memang aku amik yg saiz besar untuk  cover 44 hari kannn...

orang selalu tanya ok ke nona roguy
sejujurnya aku tak brani cakap banyak 
sebab aku memang HANYA guna nona roguy tiap kali pantang
tak pernah guna yg lain so tak pandai nak compare

kalo tanya camner hasilnya
aku leh jawab...
  • paling best aku tak pernah sembelit sepanjang pantang - sebab phytonatal bikin najis lembut dan mudah nak membuang. Pernah adik ipar aku sembelit, aku suh makan phytonatal terus senang nak membuang... mmg best!!
  • Kakak ipar aku cakap badan fit dan cepat recover compare jamu lain..itu aku tak brani la nk komen sbb aku tak pakai yg lain kan
  • sejujurnya...berat aku selalu kembali normal selepas pantang mayb aku pantang betui2 dan nona roguy ada bantu gak kot

itu je la komen aku bab nona roguy
cuma kali ni aku bernasib baik
dapat harga murah...
uiiiihhhh... kat kedai kena gst even kat laman web rasmi pun ada gst dan postage

tapi alhamdullilah aku dapat jumpa web ni
yg harga murah siap tgh buat sale dan free postage
untung dekat RM60++ la juga

so survey survey ni ada kebaikan juga
hehehehehehe


dah boleh bersalin dgn tenang..
 
inbois original - tak tau nak claim kat siapa..
hahhahah...
 

Alhamdullilah - list to do settle dlm sehari

Segala puji untuk Allah 
Syukur sangat hari nie 
sebab semua urusan aku hari ini dipermudahkan
benarlah jika berniat baik 
Allah akan mudahkan urusan itu..

Cerita bermula
Mak dok tanya pasai umrah
aku dan saril memang plan nk bawa mak g umrah tahun depan
dan aku adalah orang yg dipertanggungjawabkan urusan booking
dan seperti biasa lahhhh... aku kan...
jenis bertangguh kalo tak urgent sgt nie

Bila dah dekat nak bersalin berapa hari nie
dan mak sibuk tanya pasai umrah mula la aku cuak
ditambah bos aku yg nak g bulan Januari 2016 pun dah kalut pasai visa, bayaran n so on

maka aku pun mengambil langkah kecil
niat hati nk settle kan sikit ptptn aku
ye la nk g umrah kena la settlekan hutang yg tertunggak
dijadikan cerita aku semak nama aku tersenarai dihitamkan
rujuk gambar dibawah...
bila da kuar statement cam gitu...tak ke hati ini tak keruan
memikirkan... ayo yo yo boleh ke aku temankan mak nie
mula call imigresen, call ptptn bagai...
dalam hati sempat ke settle sebelum aku meletup nie??
sebab macam payah / leceh je nk tukar ujrah ..

aku mengagahkan diri ke cawangan shah alam
masa nk cari parking aku sudah dipermudahkan..
orang pun tak ramai dalam ptptn
duk sat ja nombor da kena panggil
dapat plak nona manis ( menyesal tak tanya nama dia)..
berbincang pun sgt memuaskan hati
ikutkan aku kena bayar separuh dr jumlah hutang
cer bayang loan degree  aku je dah cecah RM22K (blom masuk diplomanyer)
separuh???? mak oiiiii

nona manis cakap puan boleh tunggu ke sbb dokumen kena hantar HQ
paling cepat 15 min boleh lulus atau mungkin lebih la
(tp aku dgr kaunter sebelah ckp dokumen akan di emailkan then ada next SOP)
aku cakap boleh je tunggu..
bila da buat payment, nona manis panggil aku
dia minta sign dokumen yg da diprint tp..
puan ada stem hasil- nona manis tanya aku
alamak...aku buat muka sedih n cuak la..jauh la nk g beli...paling dekat kompleks PKNS kot..
sekali lagi...Allah mudahkan...derang cari kan stem hasil tuk aku...percaya tak???
kuasa tuhan dan rahmat Allah.... ( aku bersyukur sangat)

dah sign semua dokumen, nona manis masuk dalam sebab nk proceed SOP seterusnya..
sementara aku tunggu, aku tgk sebelah kaunter lain ada pelanggan lain bawa dokumen perjanjian yg nak dihantar (dlm hati aku.... untung aku org tlg printkan dan dipermudahkan urusan dokumen)

nona manis keluar kaunter serahkan salinan dokumen tuk aku
siap bagi tahu... nanti nama puan da clear kat imigresen saya call puan yer
aku angguk je la sebab urusan aku banyak dah dipermudahkan
dalam hati cakap imigresen next time aku settle kan

tetapi percaya tak???
dalam kul 12.30pm tadi nona manis call aku
bgtau aku nama da clear kat sistem
Masya ALLAH, subhana ALLAH..
sungguh aku rasa aku insan yang bertuah hari ini
tanpa susah payah aku kesana ke mari..
urusan aku dipermudahkan...syukur sangat.. 
Allah Allah..
nikmat mana lagi yang amahu aku dustakan??
 

bukti nama aku telah disenarai hitam
aku call imigresen cakap aku memang tak boleh kelaur negara
nak tahu kenapa kena ke kaunter imigresen yg terdekat
 
ini yang terkini 
lepas nona manis call aku
terus check dalam sistem..
Allah.. nama aku da clear..sungguh besar rahmat Allah pada aku
 
dokumen ujrah aku
legaa... 10 tahun jugak la kena membayar
 
akhir sekali...
aku da booking pakej umrah tuk mak , aku dan saril
legaaa.... amanah org oooiiii



so disini aku nak tekan kan
urusan yang baik dan keberserahan aku kepada Allah
mendapat layanan yang sungguh luarbiasa
kita kena doa yang baik baik
dalam kepayahan aku berjalan memboyot
syukur org mudahkan aku
peringatan tuk diri sendiri 
sentiasa mudahkan orang
pasti urusan kita dipermudahkan ...
insya Allah... 

13 hari jer....

makin hari makin berdebar debar
mana tak berdebar sebab masih berkira-kira
mahu bersalin dimana ini

kali ni betul betul tawakal dan beserah
kepada yang MAHA ESA
dipermudahkan segala urusan

hasil perbincangan dan pertimbangan
dah sakit betui-betui baru g hospital
aku decide hospital serdang sebab dah biasa
nak g PPUM tak biasa n takut meremehkan lagi je

Plan B
kalo kena halau dgn serdang
aku try la mana yg hospital serdang suggest...atau g PPUM gak


Barang baby dan barang aku utk hospital da settle
tinggal Nona Roguy je
aku memang pengguna tegar Nona Roguy dr anak pertama
masa gugur hari tue masih pakai nona roguy gak
sebab serasi dan selesa
kali ni lambat dapat sebab selalu nonaroguy ada buat sale
tunggu punya tunggu tak de

kalo xde sale memang plan nk beli kat kedai toko je sbb
guna no member hidayah...
tapi hasil survey aku onlibe lagi murah dari toko jamu
dan memang da rezeki aku..
aku terbuka website yg mmg tgh buat merdeka sale sapai 5 okt nie
apa lagi.... hasilnya jimat RM60++ jugak
alhamdullilah..kalo dah rezekikan...

Kali ni ada juga yg terbeli barang yg mahai
masa warehouse sale pureen...mmg terkena..padan muka
pampers pun terkena juga
ingat dah murah rupanya.. perkiraan salah ...

tak per la
itu lah namanya rezeki...
kalo bukan ko punya mmg bukan la
maka kita berusaha dan redha dengan yang termampu

mcam tu juga aku harap masa bersalin nanti
tiada yang menyusahkan org lain
dan baby selamat, sihat dan ceria

cuaknya...
menghitung hari..
kalo boleh nak cepat sebab aku pun dah malas nk g kerja
kerja tak banyak mana..
cuma aku tak selesa dgn keadaan yg kekadang serabut

doakan aku yer...
moga aku dan baby selamat dan diberi keberkatan
amin