Syuhada ke 4 - part 2

entry nie
aku nak story pasal bersalin kat hospital serdang
sebab aku tahu perasaan bilamana tak tahu nak beranak kat mana
sejujurnya bila org sekeliling bg tahu yg hospital serdang tak amik kes normal
memang aku cuak sangat ..
aku susah hati...
asyik memikir kat mana lah aku nak beranak
terbayang-bayang dah sakit kena reject suh g hospital lain


aku pilih hospital serdang sebab dari anak pertama memang kat situ
masa anak pertama hospital ni baru je buka
so servis dan fasiliti aku rasa ok sangat sebab aku bukan jenis cerewet cuma fussy sikit.. hahaha

sama juga anak no 2-3
pengalaman ok je xde yg tak menarik atau menyeramkan sapai beranak atas troli kan
so masa preggy ke 4 bila org ckp serdang tak amik memang aku tak tido lena since that
n ada je kes member rapat yg derang kena reject ke hospital kajang dan HKL
cer ko bayangkan kalo ko tengah sakit ala-ala...org suh g tempat ko tak biasa
camner lah perasaan n keadaan kita kan...

so kat sini aku nk review pengalaman lepas aku berjaya bersalin kat serdang
dari daftar kat kaunter memang aku takde masalah
masa aku daftar tak ramai org, keadaan tenang jer
nurse dan doktor pun layan aku bebaik
siap bantu aku bersalin cepat sbb aku 4cm dah masuk labour room
dalam labour room pun derang tolong bg ubat tahan sakit

memang aku hargai sangat saat aku kat labour room tue
semua nurse dan doktor cuba bantu aku..
xde kata sinis atau keadaan yg menyakitkan hati
bersyukur sangat....

aku pun tak tunggu lama kat labour room lepas bersalin
aku dapat wad 5F
tapi ditempatkan di tingkat 8 A ( wad first class kot)
cuma keadaan wad yang menumpang nie lain sikit la
bagi aku masih tahap baik dan ok
takde la menyedihkan macam stor walaupun ala-ala kan
aku faham sebab wad tumpang... ko kena faham la situasi
kalo nk selesa bebenar ko booking awal dan pilih yg pakej mahai punya..

bagi aku ok je
sebab bg aku fasiliti dia jauh beza dan masih selesa berbanding klang
klang xde penyaman udara, padat, bising dan macam2 lagi
tapi yg ini memang padat tp masih ada ruang utk ko dan baby la

kalo kat klang pun aku dgr dah 10cm baru ko leh masuk labour room
oh tidak aku mmg tak sesuai kat situ sbb sejarah aku mmg cepat nk kuar je tp bukaan cm lambat


so nasihat aku utk mommy kat luar sana
Hospital serdang memang tgh renovation
so kena la faham 
kalo ko nak selesa kena booking awal mana mana hospital lain
kalo takde bajet bersedia la dgn apa yg ada 
tips aku kalo nk bersalin kat serdang gak macam aku yg memang setia dengan serdang
ko gi bila ko betui betui dah nak beranak la
macam aku da sakit setiap 10 minit memang aku baru g hospital
bila ko da ada tanda sakit bagai, hospital takkan reject ko

so dun cuak k
cuma risiko la
sebab ko tak tau kan bila da 10 minit setiap kali sakit tue brapa cm ko da buka
kang dah terbuka 6cm.... takut ko terbersalin dlm kete plak
makanya fahamila diri anda ..

nota : entry ni tak de niat nk burukkan klang, sebab aku duk shah alam...derang suka menakutkan aku...hhuhuhu...maafkan aku... minta ampun..


nama pun wad tumpang...
takat tanda nama yg ditampal je
tak kisah la kan...
asal aku da beranak


ni dr sudut atas katil
tak macam bilik stor ke??
apa aku kisah as long tak busuk, tak berhabuk dan berkuap..
aku rasa ok jer...


ini la anugerah Allah
ke Empat buat aku
dah hari ke 5 aku masih tak de nama lagi...
blur laaa

No comments: